Tuesday, November 25, 2008

REFLEKSI

Tugasan hamparan/helaian elektronik

Banyak pembelajaran dapat diperolehi daripada penggunaan excel. Pada awal tugasan, doktor meminta pelajar membuat bajet bagi perbelanjaan selama setahun. Pelbagai teknik dan cara dapat diaplikasikan menggunakan excel ini. Walaupun agak sukar dan memeningkan, saya telah cuba sedaya upaya untuk menyiapkan juga tugasan tersebut dengan tunjuk ajar serta bantuan daripada rakan-rakan yang lain.

Disamping melakukan bajet perbelanjaan tersebut, pelajar juga harus membuat graf berdasarkan bajet yang telah dibuat. Setelah siap semua tugasan mengenai bajet tersebut, pelajar perlu menghantarnya melalui yahoo group masing-masing.

Tugasan juga telah diberikan kepada pelajar-pelajar dalam bentuk tugasan berkumpulan. Tugasan tersebut hendaklah dilakukan berdasarkan penggunaan excel yang diaplikasikan di dalam wad. Pelbagai usaha dilakukan bagi menyiapkan tugasan tersebut. Berkat usaha tersebut, kami akhirnya berjaya juga menyiapkannya.

REFLEKSI

Tugasan Word

Setelah perancangan power point telah dilakukan, tugasan seterusnya ialah membuat brochure. Kemudian pemantauan dilakukan untuk memastikan sama ada tugasan yang diarahkan berjalan mengikut perancangan yang telah dilakukan. Maklumat berkaitan dengan tajuk penyakit yang telah dipilih iaitu Taun telah saya peroleh melalui internet di ruangan yahoo serta google. Kemuadian, dengan maklumat yang ada langkah yang seterusnya membuat risalah seperti dalam arahan tugasan doktor.

Cara-cara membuat brochure juga telah ditunjukkan oleh doktor terlebih dahulu. Pada mulanya agak susah untuk ketchup namun dengan usaha dan tunjuk ajar daripada rakan yang ada akhirnya brochure tersebut dapat juga disiapkan. segala tugasan telah dihantar kepada doktor melalui yahoo group.

REFLEKSI

Tugasan Powerpoint

Tugasan yang seterusnya ialah kami perlu mencari satu tajuk berkaitan dengan kesihatan atau penyakit. Pada mulanya saya telah memilih tajuk Scabies. Namun, saya terpaksa tukar tajuk tersebut memandangkan tajuk saya itu bertindih dengan rakan. Tajuk pilihan saya yang kedua ialah penyakit bawaan air iaitu Taun atau Kolera.

Langkah pertama ialah kami perlu merangka terlebih dahulu bentuk power point atau persembahan kami itu. Kandungan arahan tersebut adalah seperti ini:

1) Bagi setiap mesej yang anda telah anda senaraikan, rangka isi kandungan persembahan anda yang meliputi 3 perkara:
i. mengetahui -what,
ii. mengaplikasi/melakukan - how, dan
iii. penghayatan mesej

2) Anda boleh merangka - menggunakan powerpoint sama ada dalam bentuk
i. bullet
ii. peta minda

3) selepas itu, upload powerpoint anda dalam yahoogroup masing-masing.
klik menu files
i. Create Folder - namakan folder sebagai powerpoint
ii. Buka folder PowerPoint anda
iii. klik add file

4)Pastikan nama fail ppt anda ada tarikh contoh gaya-hidup-sehat-160800


REFLEKSI

Tugasan Elektronik

Semasa melakukan tugasan ini, saya merasakan begitu sukar sekali pada permulannya. Pertama kali menerima tugasan ini saya agak tertekan kerana tugasan yang diterima bertindih-tindih. Walaubagaimanapun, saya memulakan setiap tugasan yang diberikan dengan mengikut segala arahan daripada doktor.

Setiap step yang diajar saya ikut walaupun agak lambat. Daripada memerima invitation untuk join yahoo group doktor sehinggalah saya sendiri invite rakan-rakan untuk join yahoo group saya. Namun, sebelum saya invite rakan-rakan untuk join yahoo group saya, saya perlu mendaftar dahulu untuk membuat yahoo group. Apa yang lebih membuatkan kami semua tertekan ialah apabila kami perlu invite seramai 60 orang rakan-rakan kami termasuk doktor. Hal ini kerana, apabila telah invite ramai antara mereka yang tidak approvekan kami. Oleh itu, kami terpaka invite beberapa klai sehingga invitation kami diterima.

Setelah lengkap selesai semua rakan-rakan, arahan seterusnya ialah kami perlu mencetus satu isu di mana kami perlu aktif dalam memberi respon terhadap setipa isu yang dibincancangkan.
Saya cuba untuk membawa beberapa isu, namun amat mengecewakan apabila respon yang diterima tidak memberangsangkan. Namun, perbincangan elektronik ini bagi saya memberikan kebaikan kerana pebincangan dapat dilakukan di mana-mana sahaja dengan adanya internet. Kami tidak perlu jumpa dan duduk berbincang tapi hanya dengan memberi komen dan respon sahaja melalui yahoo group tersebut.

Thursday, September 25, 2008

LIMA LAMAN WEB

http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/15058418

- maklumat yang diperolehi tidak meluas. Front page adalah tidak menarik.

http://www.nursing-informatics.com/kwantlen/history.html

- maklumat meluas. namun front page tidak berapa menarik.

http://www.cnia.ca/Conference2007/HESLIN.html

- dapat peroleh maklumat dengan meluas. page adalah menarik dan maklumat dapat difahami.

http://www.auckland.ac.nz/uoa/about/news/articles/2007/09/brcsra.cfm
- tidak menunjukkan ebarabg maklumat berkenaan nuring di dalam ICT. Maklumat yang ada hanya menjerumus tentang ICT itu sendiri.

http://www.nurseone.ca/
- maklumat menepati ICT dalam nursing. Namun, maklumat yang ada tidak padat dan membantu. Page juga tidak menarik minat.

Friday, September 12, 2008

Laman-laman web yang berkaitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat / ICT / komputer dalam bidang kejururawatan

GOOGLE http://www.google.com/
Penilaian: Boleh mendapat maklumat dengan lebih meluas dan pelbagai info dapat diperolehi.

YAHOO http://www.yahoo.com/
Penilaian: Maklumat yang dicari kadangkala tidak menepati sasaran. Tidak banyak info yang dapat diperolehi dan lebih kepada maklumat hiburan saja.

ASK JEEVES http://www.ask.com/
Penilaian: Maklumat yang didapati berlainan dengan isi yang ingin dicari. Sukar untuk mendapatkan maklumat seperi yang diinginkan. Main page terlalu simple.

ABOUT.COM http://www.about.com/
Penilaian: Maklumat mudah dicari namun adakalanya sukar untuk dicari.

VIVISIMO http://www.vivisimo.com/
Penilaian: Tidak dapat mencari maklumt. Tidak dapat mengenal pasti point yang ingin dicari.

Tajuk artikel jurnal, nama jurnal, volume jurnal

Tajuk jurnal (2):

PEDIATRIC ALLERGY AND
IMMUNOLOGY

Nama jurnal:

Breastfeeding and the risk of wheeze and asthma in Japanese infants: The Osaka
Maternal and Child Health Study

Volume jurnal:

Volume 19: m/s 490–496

PENILAIAN DAN RINGKASAN:
Article ini mengenai penyusuan bayi serta risiko berkenaan dengan Asthma di kalangan bayi-bayi di Jepun.