Tuesday, November 25, 2008

REFLEKSI

Tugasan Powerpoint

Tugasan yang seterusnya ialah kami perlu mencari satu tajuk berkaitan dengan kesihatan atau penyakit. Pada mulanya saya telah memilih tajuk Scabies. Namun, saya terpaksa tukar tajuk tersebut memandangkan tajuk saya itu bertindih dengan rakan. Tajuk pilihan saya yang kedua ialah penyakit bawaan air iaitu Taun atau Kolera.

Langkah pertama ialah kami perlu merangka terlebih dahulu bentuk power point atau persembahan kami itu. Kandungan arahan tersebut adalah seperti ini:

1) Bagi setiap mesej yang anda telah anda senaraikan, rangka isi kandungan persembahan anda yang meliputi 3 perkara:
i. mengetahui -what,
ii. mengaplikasi/melakukan - how, dan
iii. penghayatan mesej

2) Anda boleh merangka - menggunakan powerpoint sama ada dalam bentuk
i. bullet
ii. peta minda

3) selepas itu, upload powerpoint anda dalam yahoogroup masing-masing.
klik menu files
i. Create Folder - namakan folder sebagai powerpoint
ii. Buka folder PowerPoint anda
iii. klik add file

4)Pastikan nama fail ppt anda ada tarikh contoh gaya-hidup-sehat-160800


No comments: