Tuesday, November 25, 2008

REFLEKSI

Tugasan hamparan/helaian elektronik

Banyak pembelajaran dapat diperolehi daripada penggunaan excel. Pada awal tugasan, doktor meminta pelajar membuat bajet bagi perbelanjaan selama setahun. Pelbagai teknik dan cara dapat diaplikasikan menggunakan excel ini. Walaupun agak sukar dan memeningkan, saya telah cuba sedaya upaya untuk menyiapkan juga tugasan tersebut dengan tunjuk ajar serta bantuan daripada rakan-rakan yang lain.

Disamping melakukan bajet perbelanjaan tersebut, pelajar juga harus membuat graf berdasarkan bajet yang telah dibuat. Setelah siap semua tugasan mengenai bajet tersebut, pelajar perlu menghantarnya melalui yahoo group masing-masing.

Tugasan juga telah diberikan kepada pelajar-pelajar dalam bentuk tugasan berkumpulan. Tugasan tersebut hendaklah dilakukan berdasarkan penggunaan excel yang diaplikasikan di dalam wad. Pelbagai usaha dilakukan bagi menyiapkan tugasan tersebut. Berkat usaha tersebut, kami akhirnya berjaya juga menyiapkannya.

No comments: